Thursday, November 25, 2010

0
Moshi Moshi

Harry Potter and the deathly hallows part 1

 photo Salam-1.png

Title: Harry Potter and The Deathly Hallows Part I




Poster: Harry Potter and The Deathly Hallows Part I

Pada hari isnin yang lepas Azie dan Mr.Muchuk pergi menonton movies Harry Potter series yang ke-7. Azie ini memang minat dengan movies Harry Potter dari series pertama sampai series yang ke tujuh. Pada mulanya, Azie ingat ini merupakan series yang terakhir. Rupa-rupanya ada lagi series yang ke tujuh tetapi part ke-2.

Ini merupakan series ke 7 part I. Jadi ini bermakna ada lagi satu series yang terakhir. Kenapa Azie suka tengok series Harry Potter???Azie rasa Azie pernah mention dekat korg semu. Azie memang suka movies fantasy. terutama sekali magic, kayangan, dan sebagainya. Sampai lah sekarang Azie masih minat dengan series harry potter.

Ini pendapat Azie semasa Azie menonton series harry potter ini. Series kali ini, agak membosankan dan boleh membuat seseorg akan mengantuk ataupun terus tutup TV tak nak tengok dah. Sama lah seperti Azie, Masa dekat pawagam hari tu, memang Azie dah tersenguk-senguk. Tetapi tetap gagahkan juga untuk menonton sampai habis.

Walaupun series kali ini kurang menyengat ataupun kurang menarik perhatian Azie tetapi disebabkan kekacakkan yang terdapat pada "Harry Potter" membuatkan Azie rasa tergoda dan teruja.

Ok lah, Azie nak minta diri dulu. Kalau rajin nanti ada apa-apa update terbaru Azie akan update dalam blog yer. Selamat menonton. 


No comments: