Thursday, August 12, 2010

0
Moshi Moshi

Koleksi Cerpen & Cerita ( Nota Cinta)



Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com


Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…





0
Moshi Moshi

Koleksi Cerpen & Cerita


Aku Nak Jadi Orang
www.iluvislam.com
Oleh : sebaik2nikmat
Editor : almusafirq8



Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.


Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.

Glosari :-

- monolog : dialog dengan diri sendiri
- halawatul : kemanisan
- istiqamah : berterusan
- khalwat : duduk bersendirian





Memori
www.iluvislam.com
Oleh : Syahir Shafiai
Editor: Rasailul Ashwaq


Aku masih ingat saat aku mula mengenali buku teks dihadapan mata, tika itulah seorang insan datang kepadaku dengan jarinya menunjukkan huruf, abjad, nombor dan kalimah.

"Cuba baca apa yang ditulis atas buku ni," cikgu mula bersuara.

"Sa-sa-saya pe-pe-pelajar tahun setu," gagap suaraku tidak tahu membaca.

"Eh, silap tu! Bukan 'setu' tapi 'satu'."

"Oh.. macam tu. Baru tahu, cikgu."

"Tak apa. Cuba baca sekali lagi, mesti boleh baca dengan lancar."

"Sa-saya pelajar tahun satu."

"Ha... tu boleh. Sekarang, baca lagi ayat seterusnya. Cikgu nak dengar."


Sejak itulah aku semakin pandai dalam membaca perkataan demi perkataan sehingga lengkap satu ayat. Aku lebih banyak berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang boleh membaca dengan lancar. Hari demi hari, aku semakin seronok belajar dengan cikgu. Bukan disebabkan oleh cikgu pandai mengajar, tapi disebabkan cikgu itu selalu menolong aku bila aku tersilap membaca atau mengeja. Pendek cerita, memang seronoklah belajar dengan cikgu. Sehinggalah tiba satu hari ketika di tahun lima...



"Aliff! Kenapa kamu tak siapkan kerja sekolah ni?" Aku sungguh terkejut kerana itulah kali pertama cikgu menengking dengan nada suara yang tinggi.


"Sa-saya terlupa cikgu." Itulah alasan yang aku ada. Harap-harap cikgu dapat terima alasan aku.

"Cikgu tak boleh terima alasan kamu. Kamu buat apa dekat rumah?" Nada suara cikgu semakin tinggi. Makin seram aku dibuatnya. Biasalah, bukan pernah aku kena dimarahi sebegitu sekali oleh cikgu kesayangan aku.

"Saya main bola, cikgu."

"Itu yang kamu buat di rumah, lagi?"

"Saya tertidur awal malam tadi, cikgu. Sebab itulah saya terlupa nak buat kerja sekolah."

"Awak ni macam-macamlah, ada saja alasan awak tu. Orang lain boleh buat kerja sekolah kenapa kamu tak boleh buat? Kamu ada anak di sampai tak boleh buat kerja sekolah?"

"Tak ada cikgu."

"Habis tu?"

"Matilah aku lepas ini!" hatiku mula berbisik resah disebabkan aku sudah kehabisan alasan.

"Jawablah. Kenapa tak jawab?"

"Malunya aku kena tengking,semua kawan aku tengok,tambah-tambah pelajar perempuan,mana aku nak letak muka aku?" hatiku menjerit sayu melepaskan perasaan malu... tapi langsung tidak hilang.

"Err... saya minta maaf cikgu. Sa-saya tak buat lagi."

"Tak buat? Tak buat apa? Kamu tak mahu buat kerja sekolah lagi? Atau kamu tak mahu ulangi perbuatan kamu ni?"

"Saya tak mahu ulangi perbuatan saya cikgu. Saya janji saya akan buat kerja sekolah lepas ni."

"Sudah. Lepas ni saya tak mahu lagi tengok kamu tak buat kerja sekolah. Faham!"

"Faham cikgu..."




Itulah salah satu memori yang aku tak boleh lupa. Setiap hari ada sahaja perkara yang merunsingkan aku. Pernah juga aku ditendang pelajar perempuan sebab makan nasi mereka, ada juga aku kena simbah dengan air sinki dalam tandas sebab lama sangat duduk dalam tandas, pernah juga satu hari aku kena berdiri atas kerusi sebab tidur dalam kelas. Itu pun nasib aku sahaja. Kalau tidak, mungkin sudah digantung pada kipas sewaktu aku tengah proses air liur. Tetapi setiap kali ada masalah, pasti aku akan berjumpa dengan cikgu kesayangan aku. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Zulaikha. Bujang lagi tu. Hehe...


Sewaktu aku di sekolah menengah lagi seronok. Setiap hari dapat kacau cikgu. Hehe... Zaman moden, aku pun sudah ada telefon bimbit. Aku dapat nombor cikgu pun sewaktu aku menghantar buku karangan padanya. Sampai sahaja di meja cikgu, aku letak buku. Tetapi entah macam mana, mata aku boleh ternampak susunan nombor telefon atas kertas. Aku tengok nombor tu ada tertera nama Cik Zulaikha. Aku pun apa lagi, sudah peluang, copy paste sajalah nombor telefon itu masuk dalam kepala otak aku. Lepas tu terus aku save. Hehe... Sepanjang hari aku senyum lebar sehingga gigi aku bertambah kulatnya.



Setiap malam, aku ganggu cikgu aku sampai dia dah naik runsing walaupun cikgu aku tidak tahu siapa yang kacau dia. Sampailah suatu hari aku cuba call Cikgu Zulaikha tapi tak dapat. Rupanya dia dah tukar nombor telefon. Sedih aku dibuatnya...



Hari khamis, 19 November 2009 merupakan hari terakhir aku menimba ilmu di sekolah menengah. Hari itu juga merupakan hari terakhir untuk aku tengok wajah cikgu kesayangan aku. Kalau aku boleh tengok pun buat apa, Cik Zulaikha yang aku kenal itu dah kahwin dengan orang Terengganu. Nasib baik bukan Negro dari Afrika. Apa boleh buat, bukan rezeki aku. Yalah... aku 17 tahun, cikgu aku 31 tahun. Tak kira umur, asal pandai mengajar aku sudah.



Pada hari yang sama, jam 10.46 pagi ,aku turun tangga dari tingkat empat, kemudian aku nampak Cikgu Zulaikha naik tangga. Apa lagi, cepat-cepat aku memperkacakkan wajah aku; sikat rambut guna jari, lebatkan mata guna air liur dan ikat tali leher yang aku minta dari ayah aku. Aku pun apa lagi, dengan bunga mawar di bibir, aku menunggu guru pujaan hatiku naik ke tingkat empat.


"Eh, kenapa tak muncul-muncul lagi cikgu aku ni." hatiku berbisik kehairanan. Aku cuba jenguk-jenguk ke bawah. Rupanya Cikgu Zulaikha naik ke tingkat tiga.

"Ala... ingatkan naik tangga sampai tingkat empat, rupanya ada *R&R pula di tingkat tiga. Apa nak buat, bukan nasib aku."


Tiba-tiba,seorang pelajar perempuan yang agak gemuk dan gelap memandang aku dengan wajah ala Mr.Bean. Nak mati aku rasa waktu itu sebab perlakuan bodoh aku itu dilihat insan yang agak busy body. "Habislah aku kali ini, jadi bahan ketawa orang lain."


"Aliff, apa yang kamu buat ni?" pelajar perempuan itu bersuara.

"Pergilah kau! Suka sangat ganggu aku."


Tiba-tiba dia hebohkan pada semua pelajar perempuan. Bukan pelajar perempuan kelas aku sahaja, tapi satu blok dia heboh. Malu la aku... Hari terakhir juga aku buat hal. Tak sempat tiga jam aku akan meninggalkan sekolah ini sudah kecoh satu bangunan. Macam-macam...


Hari ini hari amat indah bagiku. Aku baru sahaja lepas konvoi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nak macam mana aku boleh masuk ke universiti ini? Panjang ceritanya, saya pendekkan. Selepas aku keluar daripada alam persekolahan, aku terserempak dengan seorang jejaka di masjid. Waktu itu dia baru sahaja habis baca al-Quran. Aku pun mendekati dia, mungkin dia akan layan insan macam aku. Aku tegur jejaka ni dengan suara manisku, macam aku mengurat cikgu.



"Err... abang baru habis baca al-Quran?"


"Assalamualaikum," dia memberi salam. Aku pun tersedar yang aku sepatutnya bagi salam dulu sebelum aku menegur dia.

"Wa'alaikummussalam," itulah jawapan salamku setelah sekian lama aku tak menyebutnya.

"Ya? Ada apa-apa yang abang boleh bantu?"

"Err..tak ada apa-apa. Saya saja ingin berkenalan. Siapa nama abang? Tak pernah nampak pun?"

"Nama abang Mikail. Abang baru berpindah ke kawasan perumahan ni."

"Ooo... patutlah saya tak pernah nampak abang sebelum ini."

" Err... boleh abang tanya sikit tak?"

"Boleh. Apa dia abang?"

"Err... tandas di mana?"

"Itu soalannya. Ingatkan mustahak sangat tadi." hatiku berbisik entah apa-apa.


"Tandas di belakang sana. Abang nak masuk tandas ya? Kalau abang nak masuk tandas, tandas itu tak berapa mewah sangat sebab terlalu banyak hiasan-hiasan yang tak best kita bau. Gurau saja. Hehe..."



"Abang cuma nak ambil air wuduk."


"Ooo... dah terbatal ke?"

"Bukan terbatal tapi abang nak memperbaharui wuduk abang."

"Ehh... bukankah abang dah habis baca al-Quran? Kenapa abang nak berwuduk lagi?

"Memanglah sudah habis baca tapi selepas ini abang ada usrah."

"Usrah? Usrah itu apa?"

"Usrah itu ertinya kita berkumpul dalam satu bulatan dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat dalam isu agama dan semasa."

"Ooo... macam tu. Best tak usrah?"

"Best... jom la join abang sekali."

"Oraitttt! No problem. Line clear."





Sejak itulah aku mula mengikuti usrah. Banyak perkara yang aku dapat. Jika dulu aku pandai membaca tulisan rumi dengan lancar, kini aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid. Jika dulu aku sering mengganggu cikgu, kini aku tahu untuk beradab dengan guru. Jika dulu aku selalu melakukan sesuatu yang kurang faedah, sekarang aku dapat memperbanyakkan amalan ibadah. Hanya dengan mengikuti usrah best. Aku langsung tidak pernah meninggalkan usrah bermula kali pertama aku mengikuti usrah hingga sekarang. Setelah aku mengikuti usrah selama dua bulan, aku bertanyakan sesuatu kepada abang Mikail.


"Abang Mikail, boleh tanya sikit tak?"


"Apa dia?"

"Abang belajar dekat mana sekarang ni?"

"Abang belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenapa?"

"Seronok tak belajar dekat situ?"

"Memang seronok. Abang join usrah pun sebab semua kawan yang abang kenal belajar di sana."

"Ooo... macam tu. Kalau saya nak belajar di universiti itu boleh tak?"

"Boleh, apa salahnya. Jomlah belajar sama-sama di sana."

"Boleh saja, tapi abang buat master kan?"

"Abang masih boleh tolong kamu."

"Betul juga tu. Okey la kalau macam tu."


Aku diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang aku menuntut di universiti itu di tahun terakhir. Mak aku pula bercadang nak langsungkan perkahwinan aku lepas aku habis belajar, tapi aku tak berfikir pun pasal itu. Apa yang aku fikir ialah aku ingin sambung belajar sikit sahaja lagi di Mesir.Harap-harap aku dapat...



Tiga tahun sudah berlalu. Sekarang aku baru balik dari Mesir. Sudah berkahwin, isteri aku orang Johor. Punyalah baik dia layan aku. Fizikal dan mental dia, Alhamdulillah semuanya baik. Lagipun, Allah sudah berfirman bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Aku ini dalam kategori yang agak baiklah. Hanya Allah yang menentukan kedudukan aku.



Hari Isnin, aku dapat berita daripada kawan lama aku mengatakan cikgu aku maut kemalangan. Aku agak terkejut dengan berita itu. Aku terus letak teko berisi kopi atas meja lalu memandu Honda Accord menuju ke lokasi kejadian. Dalam hatiku, aku agak terkejut dengan berita kemalangan itu... tapi aku masih keliru. "Cikgu mana yang maut ni? Cikgu Zulaikha ke Abang Mikail?"


Setelah aku sampai di situ, aku terus disambut kawan aku yang telefon tadi. Dia suruh aku pergi tengok siapa yang maut. Aku bertanya, "Ehh... tak kan kau tak tahu siapa yang maut?"

"Aku tahu..tapi aku mahu kau pergi tengok sendiri dengan mata kau siapa yang maut tu."


Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tengok bungkusan mayat. Terkejut aku bila tengok jasad yang berlumuran darah. Aku cuba tengok muka mayat tu. Aku terkejut bila nampak muka Cikgu Zulaikha sudah rentung...



"Cikgu, cikgu, cikgu!"
hatiku menjerit tidak dapat menahan perasaan sedih. Kawan aku memberitahu bahawa cikgu baru balik dari rumah kawannya Aku cuma dapat menahan perasaan sedih. Kemudian, kawan aku menarik aku pergi kepada satu lagi kereta yang berlanggar dengan Cikgu Zulaikha. Aku kesat air mata dan terus melangkah ke kereta yang satu lagi.



Pada awalnya aku kurang pasti siapa yang terbaring atas kerusi pemandu itu. Aku pun mendekat sikit. Kemudian, pasukan penyelamat datang. Aku baru nak tengok mayat itu tapi sudah dihalang pasukan penyelamat. Aku pun tunggu sampai mayat tu berjaya dibawa keluar. Akhirnya berjaya jugak mereka membawa keluar mayat yang tersangkut itu. Aku cepat-cepat pergi tengok wajah mayat tersbut. Kali ini aku tidak mampu berkata apa-apa. Abang Mikail meninggal dunia tanpa sebarang cedera sedangkan kereta yang dipandunya remuk. Bukan setakat itu sahaja, jasad abang Mikail masih wangi. Ada al-Quran di dalam poket baju abang Mikail. Ternyata bahawa Allah melindungi hamba-Nya yang beriman. Kawan aku yang berdiri di sebelah cuma memegang bahu aku. Dia menyuruh aku bersabar dengan takdir Allah.



Aku berada agak lama di tempat kejadian. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa abang Mikail sebenarnya dalam perjalanan pergi ke masjid manakala Cikgu Zulaikha pula baru pulang dari rumah teman lelakinya. Teman lelakinya datang ke tempat kejadian dan mengaku telah berkhalwat dengan Cikgu Zulaikha di rumahnya. Cikgu Zulaikha bukan sahaja berkhalwat malah telah curang kepada suaminya. Disebabkan itulah Allah telah mengazabkan Cikgu Zulaikha atas perbuatannya itu.



Aku amat kesal dengan perbuatan cikgu aku. Jika dulu, aku sering mengharapkan perasaan aku terhadap Cikgu Zulaikha dibalas dengan perasaan sayang. Tapi ,sekarang baru aku tahu kenapa Tuhan mengasingkan aku daripada Cikgu Zulaikha dan bertemu dengan abang Mikail. Allah ingin menunjukkan bahawa orang yang beriman sentiasa dalam rahmatnya dan orang yang lalai dalam melaksanakan hukum Allah telah disediakan neraka untuknya. Tidak kira walau siapapun manusia itu. Sama ada guru kita, ibu bapa kita mahupun teman kita, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga dengan diriku. Dulu aku jahil tentang agama, tapi kini aku menjadi imam muda di masjid. Segala-galanya atas kehendak Tuhan yang Maha Esa.



Sehingga kini, peristiwa itu tidak pernah luput dalam ingatan aku. Cikgu Zulaikha dan Abang Mikail, kedua-duanya merupakan guru yang aku sayangi. Cikgu Zulaikha mengajar aku memahami ilmu dunia manakala abang Mikail mengajar aku mengenali agama, dunia dan akhirat. Kedua-duanya merupakan guru aku tetapi mereka pergi dalam keadaan yang berbeza. Aku amat sedih dengan pemergian keduanya. Biarlah semua itu menjadi memori yang tercatat dalam diari ingatanku. Aku juga berharap agar memori yang tidak akan lupus ini memberikan pengajaran yang baik dan dapat mengubah hati-hati manusia.





* R&R: Kawasan Rehat dan Rawat



Terus Berdarah

www.iluvislam.com
Oleh: ameenalif
Editor : everjihad

“Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul,akhi?”. Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.

“Sejak bila?”. Abbas memandang tepat ke langit.

“Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa akhi”. Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”.

“Adakah kamu sudah tetap pendirian?”.

“Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159) ”.

“Jaga akhi,mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah…”.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

----------------------------//---------------------------------

Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya’, Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan 'beep….' t.v dihidupkan. Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca t.v Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. T.v masih dihidupkan. merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.

“Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan. Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha”.

Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca t.v.

“Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?”.

Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah ‘suspek’. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.

“Ya, Allah, Abbas…”. Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.

----------------------------//---------------------------------

“Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia”. Seorang pegawai polis cuba berunding.

Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan ‘suspek’ jika ada peluang untuk berbuat demikian. Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.


“Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah”.

Pegawai polih mengarah anak buahnya terarah.

“Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan”.

Terus memujuk. Jeda sekejap.

“Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya”.

Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.

“Jika kamu ada apa-apa…”.

“Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar?Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik? Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?”.

Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.

“Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?”.

“Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?”.

“Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?”.

Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.

“Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini –Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39). Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain(At-Taubah 9: 38-39). Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar”.


“Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu”.

“Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan ‘mungkin’ lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak”.

“Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?”

“Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)”.

----------------------------//---------------------------------

Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.

” Siapa kamu?”.

Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.

“Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?”.

Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan ‘suspek’. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.

“Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda - Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan. Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk ‘berperang’ dengan mereka”.

Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)”.

Aazad tersenyum. Dia tahu dengan sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.

“Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah) diutus oleh Allah Swt. hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan”.

“Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah ta’ala”.

“Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungki belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya. Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?”.

----------------------------//---------------------------------

Sessi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir. Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.

“Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu. Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga,”

Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi. Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.

“Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?”.

Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras ‘kepincangan’ ini.

“Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya”.

Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.

“Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu”.

Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan ‘pemujukan’ yang menyebelahinya.

Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan ‘menyelesaikan’ jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas. Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad meandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.

“Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!” Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.

“Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini”,

Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.

Boom!!!

Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancurmusnah separuh. Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”

Mata Aazad bergenang.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

Bergenang dengan lebih hebat…

“Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin… Berbahagialah…Allahu...Allahu…Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh. Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen”.






Jintan Bertuah
www.iluvislam.com
oleh : Syukri Sapuan
editor : IskethaykaL



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Semua orang di Kampung Kepayang, tidak kira tua ataupun muda, pasti akan mengangguk tanda kenal (dan gerun) andai disebutkan nama Cik Halim Jintan.

Lebih-lebih lagi anak muda seperti saya.

Bukan kerana Cik Halim Jintan itu orang penting di kampung ini - tidak. Ketua kampung bukan, tok mudim pun pastinya bukan. Dia orang kebanyakan saja. Maksud saya, orang kebiasaan yang rutin hidupnya sama juga seperti orang-orang lain. Masanya banyak habis berlabun di kedai kopi berbanding dengan membanting tulang empat kerat di ladang pisang pusaka keluarganya.

'Jintan' di hujung namanya itu tidaklah saya pasti dan jelas akan asal-usulnya. Tidak pula saya temui pokok berdedaun halus, dengan bunga berwarna biru serta buah yang terbungkus di dalamnya biji-biji kecil - di sekitar rumahnya. Maka saya pasti dia mendapat gelaran itu bukan kerana dia si penanam jintan.

Tidaklah pula saya ada memeriksa dengan lebih giat - sama ada jintan itu ada ditanam secara hidroponik di ruang dapur. Ialah - mungkin ada inisiatif baru daripada Cik Halim Jintan untuk mempelopori tanaman itu selepas permintaan jintan meningkat mendadak gara-gara ada kajian mengatakan bahawa jintan boleh mencegah selesema H1N1.

Kesimpulan tidak konkrit daripada saya - Cik Halim Jintan digelar begitu kerana orang kampung sudah kehabisan topik untuk dibincangkan semasa di warung kopi. Sudahnya mereka menggelar-gelarkan orang (seperti kami semasa di sekolah rendah- bezanya kami menggelar dengan nama ayah). Bahkan teori yang saya simpulkan untuk gelaran Cik Zainal Ginseng dan Cik Ilyas Cekur. Oh- orang Kampung Kepayang memang obses pada tumbuhan herba.

Tentang kegerunan yang selalu hadir apabila saya berselisih jalan dan bertembung dengan Cik Halim Jintan itu tidaklah dapat saya gambarkan dengan susunan kata-kata. Bukan saya seorang, bahkan teman-teman seusia juga mengakui wujudnya perasaan yang sama apabila mereka berada di tempat saya. Mereka bagai mahu menjadi semut kecil atau berharap bumi akan merekah dan pantas menelan mereka jauh agar mereka tidak kelihatan pada pandangan Cik Halim Jintan.

Cik Halim Jintan si kaki pukul?

Saya pantas menggeleng. Cik Halim Jintan tidak ganas pada gerak fizikal. Cik Halim Jintan hanya ganas pada tuturnya. Cakapnya selalu berapi-api, provokatif, juga mengundang kemarahan si pendengar. Iyalah - lidah itukan benda paling tajam, - bak kata Imam Ghazali. Lidah mampu menghiris juga mencincang hati manusia selumat-lumatnya.

Bahkan - bukan satu lagi rahsia buat seisi Kampung Kepayang bahawa Cik Halim Jintan memang suka menyindir (terutamanya anak muda seperti kami), memaki-hamun serta menganggap bahawa dirinya seorang sahaja betul.

"Obses pada diri sendiri!" Keluh seorang teman sekampung saya, Lutfi.

Menurut Lutfi - dia ditahan oleh Cik Halim Jintan dalam perjalanan ke rumah tadi. Pantang lihat orang lain mahu senang sedikit, mulalah Cik Halim Jintan hendak bersyarah. Katanya anak muda di Kampung Kepayang ini tidak maju dan tidak berwawasan, suka melepak dan tidak pandai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Lutfi yang pantang dijolok emosinya itu datang mengadu kepada saya dengan muka merah padam.

"Itulah orang dewasa, memang suka menyalahkan orang muda. Itu salah, ini salah, semuanya tak betul. Habis tu, orang dewasa sahajalah yang betul? Orang muda hanya hasilan sistem yang direka oleh orang dewasa, bentak dia lagi sambil menghentak tangan ke meja."

"Lihat Cik Halim Jintan itu, cakapnya bagai si tokoh dunia, namun ke warung kopi juga dia berlabun sepanjang masa. Kemudian, sering sahaja membuat kesimpulan dan menghakimi orang lain sesuka kati. Cik Halim jintan kata aku ini samseng jalanan kerana menyimpan rambut panjang. Judgemental sungguh!"

Amarah Lutfi lambat padam malam itu. Saya mendengar dengan penuh empati, sambil cuba menyusun butir bicara seterusnya.

Iya - dalam banyak perkara aku bersetuju denganmu Lutfi. Anak muda memang hasilan sistem yang diatur oleh orang dewasa, tetapi kuasa ada di tangan kita untuk melihat generasi negara kita yang seterusnya menerima nasib yang lebih baik daripada sistem yang kita hadapi hari ini.

Dada Lutfi yang berombak kemarahan tadi mulai surut sedikit-sedikit. Lutfi kemudian berdiri, bagai hendak memulakan pidato.

"Kau tahu Badrul? Anak-anak muda merupakan golongan yang terpenting dalam strata sosial masyarakat kerana kita merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan. Segala kekuatan fizikal, kekuatan mental, kekuatan semangat dan idealisme merupakan hamparan pakej yang terhimpun menjadi senjata bagi bangkit menentang kezaliman, berdada dengan penguasa yang khianat , menerjah segenap kepalsuan. Dunia ini akan menjadi milik anak muda juga suatu hari nanti. Mengapa mahu saling menyalahkan - andai kita sekarang gagal berbahasa dalam satu bahasa yang sama ?"

Oh Tuhan! - Lutfi Bukhari berhujah di hadapan saya. Tidak saya sangka bahawa Lutfi ini diam-diam ubi berisi! (saya juga judgemental rupanya!)

Lutfi anak Pak Bukhari ini saya kenal sebagai seorang yang pendiam dan tidak suka membentak. Provokasi Cik Halim Jintan petang itu punca saya lihat Lutfi marah memberontak buat kali yang pertama.


"Aku, kau dan semua anak muda adalah penggerak perubahan. Lihat sahaja sejarah dunia. Dunia Islam sebagai contoh. Rasulullah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyinsing lengan dengan penguasa-penguasa zalim. Saidina Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubir al Awwam dan Talhah Ubaidullah merupakan contoh-contoh pemuda berjiwa kental yang menggerakkan Islam ketika itu."

Hujah Lutfi itu buat saya terdiam.

Lutfi masih belum kering idea dan mahu terus berhujah, bagai melayan emosinya yang sedang meluap kemarahan. Saya mendengar sahaja. Kata ayah orang sedang marah ini jangan dilawan cakapnya, biarkan dia tenang dahulu.

Sambung Lutfi lagi.

"Kau ambil pula signifikannya anak muda ini dalam isu serantau, Indonesia sebagai contoh. Anak muda bernama Soekarno adalah pemimpin mahasiswa dinamis yang telah membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang dan berkorban di bawah panji 'sang saka Merah Putih', seterusnya memimpin perang Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Oleh itu jangan terus memperlekehkan dan mengugut anak-anak muda."

Beri aku sepuluh pemuda, maka akan kugoncangkan dunia. Kata-kata keramat dari Soekarno cepat melintas di fikiran saya.

Bingit sekawan gagak yang mengerumuni sebatang pokok berhampiran buat kami sedar bahawa petang sudah merangkak ke senja. Tiada sebarang resolusi dari perbincangan kami, cuma kami tidak mahu jadi seperti Cik Halim Jintan. Tidak maksud kami tidak mahu hanya pada sisi negatifnya.

Kami mahu jadi seperti jintan manis - rempah aromatik dengan rasa pahit dengan bau yang suam. Jintan manis akan buat makanan kami jadi lebih lazat - selain boleh diproses menjadi penawar - Habbatus Sauda - herba terkenal yang telah digunakan sejak sekian lama di Timur Tengah untuk membekalkan nutrisi kepada sistem pertahanan tubuh.

Kami mahu jadi anak muda yang berjiwa kental, mampu berfikir dan tidak mudah dimomokkan dengan kelunakan janji, juga mampu menjadi penawar yang memulihkan generasi sezaman.

Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran. Harapan kami agar tidak terserempak dengan Cik Halim Jintan sewaktu berjalan pulang.





Ibu Seorang Penipu!
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Farydzul Fareez
Editor: rabiatul_adawiyah

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"


"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.



Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.



"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"



Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?



Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...