Sunday, September 13, 2015

0
Moshi Moshi

Cameron Highland 2015

 photo Salam-1.png 

Hye semua apa khabar?? Sorry sangat-sangat sebab dah beberapa hari nie Azie tak update netry baru. Sebelum itu, Azie nak mengucap kan selamat Hari Kebangsaan untuk Malaysia buat kali yang ke-58. Alhamdulilah walaupun bermacam-macam yang telah terjadi di bumi Malaysia ini, Kita masih lagi dapat menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini. hari ini Azie hanya nak share apa yang Azie buat pada Hari kemerdekaan kita.

  Ini gambar kami semasa berada di Cameron Highland

Kali ini Azie dan family sebelah ayah buat reunion di Cameron Highland selama 3 hari 3 malam. Kebetulan pada kali ini, cuti Hari Kebangsaa kan panjang sampai 3 Hari jadi Azie dan keluarga pergi ke Cameron Highland untuk bercuti atau boleh dikatakan short vacation.Kali ini yang datang adalah family Pak dak, Family Azie dan Family Pak su. Pak Su Azie memang duduk dekat Cameron Highland dan bekerja disana jadi mudah lah Azie dengan family pergi berjalan di sana. Lagi satu kos tempat tidur pun dijamin free of charge hehehehe...

Biasalah disebabkan cuti umum ramai betul pelancong yang datang ke Cameron Highland untuk bercuti atau boleh dikatakan nak pergi tempat sejuk tak mampu. Jadi Cameron Highland saja yang mampu pergi hihihihi. Sepatu7tnya Azie dengan family bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi tetapi disebabkan kereta ayah buat hal, kami terpaksa bertolak dari Kampar ke Cameron Highland pada pukul 11.00 pagi. Nasib baik ayah perasan tayar kereta tu dah keluar benang kalau tak meletup la masa nak naik Cameron Highland lagi la parah.

Family Pak Dak yang sampai dulu dalam pukul 11.30 pagi. Sebab Family Pak Dak datang dari Klang. Lagi jauh dari tempat Azie. Sampai sahaja di Cameron Highland dalam pukul 1.30 ptg. Perut pun sudah berkeroncong jadi kami pergi makan dahulu dekat kedai Yan Corner Tanah Rata. Selepas makan baru kteorg bergerak terus ke Brinchang di rumah Pak su. Disebabkan kami nie ramai, Jadi kami terpaksa menyewa homestay yang berdekatan dengan apartment rumah pak su. Nama apartment tersebut ialah DESIKO APARTMENT dan mempunyai empat bilik. 

Pada hari pertama di Cameron Highland kami hanya berjalan untuk mencari perkakas seperti mangkuk polisterin, mineral water dan pergi ke pasar malam untuk membeli makan malam. Malam itu kami semua makan steamboat homemade. Banyak betul makanan yang kami makan maklumla tempat sejuk perut pun cepat lapar. Malam tu lepas makan steamboat makan pula buah duriam. Memang kenyang la. tetapi disebabkan Azie tak makan durian jadi Azie tengok sahaja buah durian tu. Ini Azie nak share beberapa gambar semasa hari pertama lami di Cameron Highland.

 Sebelum itu, kami singgah kejap dekat ladang Buah Strawberry. Tetapi bila tengok harga terus tak jadi nak beli. Sebaba apa??/mahal sangat-sangat. Tengok ladang strawberry pun sedih sebab tak nampak sangat buah strawberry semuanya hijau ajer. Selepas itu, kami decide nak beli buah strawberry dekat pasar malam sahaja. Murah pun murah. Buah strawberry tu pun besar. Puas  la nak makan.
  
Mama dengan ayah pun sempat la nak bergambar dekat ladang strawberry ini. Ladang strawberry ini, org melayu punya. Sekali tengok harga dan ladang terus tak jadi nak beli. Bukan fikir tak nak tolong melayu tetapi harga tu berpatutan la sikit. Mama dengan ayah kalu bergambar memang macam ini. Mama ajer yang excited bergambar Ayah lak macam tiang electrik dah tengok hihihii..


 Malam tu kami makan steamboat Homemade.

 Ini semasa kami sibuk memasak steamboat dan membuka buah durian. Tapi yang paling best orang yang kopek durian tu. Adalah mengambil masa sejam jugak. Tak tau kat mana la Pak dak beli buah durian tu. Punya la liat nak buka. Anak-anak sedara dah berkerumun dekat Pak dak.

HARI KE-II

 Pintu Masuk Taman Lavender

Pada hari kedua pula, kami pergi ke Taman lavender. Taman Lavender ini, Azie pernah mention pada entry yang lepas tetapi ada sedikit perubahan dari segi harga untuk masuk ke dalam Taman Lavender ini,

Harga Masuk Taman Lavender

Dewasa: RM6
Kanak-Kanak: RM3

Dalam taman lavender ini seperti biasa kami bergambar dan berselfie. Tempat ini dipenuhi dengan bunga-bunga dan buah strawberry yang boleh petik sendiri. Lagi satu korg tak perlu risau untuk solat sebab dalam taman ini memang dah disediakan surau untuk org islam menunaikan solat.

 
  Feelimg kejap macam berada di musim bunga dekat oversea. Waahh...tak dapat pergi oversea dekat Cameron Highland pun jadi la.

 

Next destination selepas itu ialah 3D INTERACTIVE MUSEUM. Muzium ini baru sahaja dilancarkan tetapi Azie tak pasti berapa lama muzium itu berada di Cameron Higland. Muzium ini terletak di Nova Complex level 2. Harga untuk masuk didalam muzium ini lebih kurang sama dengan harga di Port Dickson tetapi tempat didalam muzium ini kecil sahaja tak sebesar di Port Dickson.

Harga Masuk 3D Interactive Museum

Malaysian
Adult: RM18
Child: RM10

Non-Malaysian
Adult: RM25
Child: Rm18

 Bergambar didalam Muzium 3D. Gajah zaman Batu

 Bergambar bersama king kong dgn zirafah.

Didalam Muzium ini, biasa-biasa sahaja. Alang-alang dah sampai baik Azie masuk . buat letih ajer datang jauh-jauh tapi tak masuk. betul tak???

 

 Ini gambar kami berangan-angan nak jadi angel la kononnya. hihihihi


Kalau nak diikutkan banyak sangat gambar yang tak menjadi. Geram pun ada. Susah kalau bawak budak-budak yang tak mahu dengar cakap nie. Boleh hilang kesabaran Azie masa ini. Kita sibuk nak bergambar dorg sibuk ajak nak keluar
 Ini gambar paling Azie suka sebab boleh jadi ala-ala mermaid kejap. Masa kecik-kecik dulu selalu berfantasi nak jadi mermaid dan berjumpa dengan putera yang kacak boleh jadi manusia balik.

 Ini gambar tunjuk perasaan. Yang melompat tu Si Aiman. Memang sabar ajer la dengan dia nie. Dia nie cepat sangat boring. Asyik nak ajak keluar. Asyik nak cepat ajer. Biasa lah budak-budak memang cepat jemu dam bosan. Sebab Azie fikir masuk dalam nie boleh dikirakan mahal jugak. Jadi Baik ambil gambar sepuas-puasnya.

 Adik Azie yang baju hijau tu Azie tengok dah sama dengan background belakang tu. Lepas tu baru cakap menyesal pakai baju nie. hihihihi...Tu tiga adik beradik yang menguji kesabaran Azie. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri yang boleh membuat kan seseorg seperti Azie nie jadi seekor singa betina yang nak mencari mangsa untuk santapan masa tu.

 Masa ini, aman sikit nak bergambar sebab dorg bertiga tak ada. Masing-masing tak tahan nak pergi Toilet. Aman hanya sementara saja. lepas tu bila dorg datang balik. Riuh rendah jadinya.
Azie nak belanja gambar Si Aiman nie. Gambar Aiman memang tak banyak pun. Sebab dia nie tak suka bergambar dan  berjalan. Baru jalan sedikit dah minta nak balik. Rasa macam tak best pulak. Bukan selalu datang sini. Setahun sekali pun susah. Melainkan la Azie. Setiap bulan mesti datang Cameron. Bukan jauh mana pun dalam 1 jam 30 minit pun dah sampai. Siap boleh balik hari lagi. hihihihihi.





 
Jom meniti jambatan runtuh






Pada Keesokkan harinya, kami semua pun pulang ke rumah masing-masing. Memang seronok spend time dengan family yang besar. Tapi cuma satu sahaja yang Azie nak beritahu. Seburuk mana pun Sejahat mana pun adik beradik kita jangan sesekali dipinggirkan. Dalam setandan pisang bukan semuanya baik-baik mesti ada salah satu daripada mereka yang kurang bernasib baik. Ok lah. sampai disini sahaja entry untuk kali ini. Insha Allah ada masa nanti Azie update lagi. 

Annyong